Posts

Showing posts from February, 2017

Strategi Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Mendatangkan Kejayaan

Image
Melancarkan atau memulakan bisnes dari rumah boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk kita mencapai kebebasan atau kemerdekaan samada dari segi kewangan, tidak perlu lagi bekerja di bawah orang atasan dan lain-lain yang kita ingini. Perlu kita sedar hanya satu cara yang membolehkan kita berjaya dalam bidang bisnes dari rumah iaitu dengan mendidik diri sendiri tentang proses menjalankan perniagaan dan risiko yang mungkin terlibat. Gunakan tips yang dinyatakan dalam proses kerja anda dan anda pastinya boleh menikmati gaya hidup usahawan seperti yang anda inginkan.     1. Jadual waktu bekerja adalah sangat penting, pastikan anda menetapkan waktu bekerja yang spesifik untuk bisnes dari rumah milik anda. Ia boleh jadi sangat sukar bagi anda bila memulakan perniagaan sendiri dan pada masa yang sama anda perlu berada di premis / pejabat.Tapi jika anda mahu mengekal hubungan baik anda dengan orang lain, anda perlu meluangkan masa dan menetapkan standard apa yang boleh mer...

Memulakan Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan Anda

Image
Perniagaan atau bisnes dari rumah bukan hanya sekadar satu perniagaan.Sama seperti pengusaha bisnes dari rumah yang lain, yang mana kita sedar bisnes dari rumah juga adalah satu kerja dan juga karier ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Untuk memajukan bisnes dari rumah, kita perlu tahu cara bagaimana untuk memastikan bisnes kita terus maju di sertai dengan usaha yang berterusan dan sentiasa di perbaiki dari masa ke semasa.Tip-tips yang di senaraikan di blog ini mungkin berguna buat anda yang menjalankan bisnes dari rumah seperti saya. 1.Dapatkan bantuan pakar untuk kerja-kerja khusus. Contohnya bagi urusan buku kira-kira/ bil/ akaun syarikat anda mungkin boleh mengupah akauntan yang bertauliah untuk membantu kerja-kerja perakaunan termasuk bayaran cukai yang perlu syarikat anda selesaikan. Anda hendaklah, tidak sesekali berfikir yang anda mampu melakukan sendirian segalanya termasuklah kira-kira syarikat. Bila anda sudah memulakan bisnes dari rumah, pastinya anda sangat ...

5 Kesilapan yang Telah Saya Lakukan Bila Memulakan Bisnes Dari Rumah

Image
Kali pertama saya membuat keputusan untuk memulakan bisnes dari rumah iaitu secara online, saya rasa sangat teruja dan pada masa yang sama ia menakutkan saya.Saya tahu dan yakin internet adalah satu-satunya tempat terbaik untuk saya memulakan bisnes saya kerana di internet masyarakat di seluruh dunia menghabiskan berbilion ringgit untuk berbelanja dalam talian setiap bulan.Bakal pelanggan atau prospek hanya boleh melihat / fokus kepada satu laman web untuk satu-satu masa , ini memberi peluang yang tinggi bagi sesuatu transaksi berlaku pada laman web tersebut dan ia mungkin juga laman web kita. Jadi saya terus membuat keputusan tanpa berfikir panjang untuk meneruskan niat saya memulakan bisnes dari rumah sec ara online. Melalui pengalaman yang saya lalui dan kegagalan yang saya hadapi, saya mula sedar saya telah melakukan beberapa kesilapan yang sangat 'significant'  menyebabkan perjalanan bisnes online saya terbantut dan gagal.Antara kesilapan yang telah saya kenal pasti adal...