5 Kesilapan yang Telah Saya Lakukan Bila Memulakan Bisnes Dari Rumah

Kali pertama saya membuat keputusan untuk memulakan bisnes dari rumah iaitu secara online, saya rasa sangat teruja dan pada masa yang sama ia menakutkan saya.Saya tahu dan yakin internet adalah satu-satunya tempat terbaik untuk saya memulakan bisnes saya kerana di internet masyarakat di seluruh dunia menghabiskan berbilion ringgit untuk berbelanja dalam talian setiap bulan.Bakal pelanggan atau prospek hanya boleh melihat / fokus kepada satu laman web untuk satu-satu masa , ini memberi peluang yang tinggi bagi sesuatu transaksi berlaku pada laman web tersebut dan ia mungkin juga laman web kita. Jadi saya terus membuat keputusan tanpa berfikir panjang untuk meneruskan niat saya memulakan bisnes dari rumah secara online. Melalui pengalaman yang saya lalui dan kegagalan yang saya hadapi, saya mula sedar saya telah melakukan beberapa kesilapan yang sangat 'significant'  menyebabkan perjalanan bisnes online saya terbantut dan gagal.Antara kesilapan yang telah saya kenal pasti adalah:


1.Dalam bahasa inggeris "Learning Without Action" dan bahasa mudahnya iaitu "Pembelajaran Tanpa Tindakan"

 
Saya tahu saya memerlukan tunjuk ajar dan latihan untuk memulakan bisnes dari rumah secara online.Saya mula membuat carian di google search engine, tentang kursus " Bagaimana Untuk Membuat Bisnes Online", terlalu banyak tutorial yang saya jumpa seperti video,laporan serta kursus yang di sediakan.Bahan-bahan seperti ini adalah bagus sebagai rujukan bagi saya dan akan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam bisnes dari rumah secara online jika saya mengikut atau mematuhi setiap langkah tutorial yang diberi.Silap saya adalah tidak mematuhi segala tunjuk ajar yang diberikan dari a to z kerana tidak dapat fokus disebabkan terlalu banyak lambakan tutorial yang di tawarkan dan membuat saya sedikit huru hara.Sekarang saya hanya perlu fokus kepada sesuatu tuturiol pada satu masa untuk sesatu pembelajaran sebelum beralih ke pembelajaran yang baru.

2. Tidak Menetapkan Fokus atau ' Not Staying Focus'

Setiap hari ada saja iklan mengenai bisnes dari rumah, buat duit dari rumah dan sebagainya ia membuatkan saya sukar untuk mengabaikan peluang yang di tawarkan. Jadi saya meninggalkan peluang yang pertama untuk mengejar peluang kedua yang mana saya rasa ia adalah peluang yang terbaik buat saya. Sekali lagi saya melabur wang untuk bisnes dan bisnes yang pertama saya lakukan, saya tinggalkan begitu saja di separuh jalan. Sebenarnya kita tidak akan berjaya jika kita kerap atau melakukan sesatu bisnes dari rumah ini hanya separuh jalan dan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dan meninggalkannya  untuk peluang yang lain.Bila kita sudah membuat keputusan untuk melakukan sesatu bisnes, kita patut memberi keutamaan kepada idea dan perancangan bisnes yang telah kita putuskan dan bukannya mula mencari idea lain untuk memulakan bisnes yang baru. Apa yang penting kita mesti tetapkan fokus untuk berjaya.

3. Tidak menggunakan sistem automasi

Masa dan duit sangat terhad bila kita memulakan bisnes dari rumah secara online. Pada peringkat awal saya melakukan semuanya iaitu segala hal bersendirian. Tetapi kini saya telah belajar yang mana tidak rugi jika saya melabur sedikit wang untuk sesatu perisian bagi membantu saya melicinkan pengurusan bisnes dari rumah saya.Jika anda menggunakan "google search engine' atau mana2 ejen carian di laman web anda akan menemui pelbagai sistem automasi yang ada termasuklah Email Marketing, blog posting dan social media post.

4. Terlalu mengejar kesempurnaan.

Anda dan saya perlu faham tiada sesiapa pun di dunia ini sempurna dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Saya
pernah merasa malu, juga hampir berputus asa dan rasa buang masa melakukan bisnes dari rumah dan pernah berfikir yang saya tidak akan berjaya. Tapi saya cuba bangkit, saya melihat setiap kesilapan yang saya lakukan adalah sebahagian dari proses pembelajaran untuk diri saya.Kita perlu ingat sesuatu yang telah berlaku dan kita sedar akan kesilapan tersebut adalah lebih baik dari tiada apa-apa berlaku yang mana jika tiada kesilapan tiadalah pengajaran yg kita dapat.Untuk bisnes dari rumah bukan lah sesuatu perkara yang tidak boleh kita perbaiki untuk menjadikan nya lebih baik. Dan jangan jadikan alasan untuk berhenti mencuba.

5. Saya tidak membina pangkalan data email bagi prospek.

 
Ini mungkin kesilapan terbesar saya. Pastikan anda mula membina pangkalan data email bagi prospek anda bermula hari pertama anda melancarkan bisnes dari rumah / bisnes online. Setiap satu data seperti email, ia bermula dengan seorang pelawat. Apabila prospek anda melayari blog atau laman web anda buat pertama kali, di sini anda mempunyai 2 kemungkinan samada prospek itu akan terus meninggalkan web anda atau mungkin melawat kembali. Jika kita berjaya mendapat butiran email mereka kemungkinan untuk kita boleh terus berhubung dengan mereka adalah sangat tinggi.Teknik pemasaran melalui email merupakan salah satu teknik pemasaran yang sangat efektif dan berkesan.

Jika anda seperti saya telah membuat keputusan untuk memulakan bisnes dari rumah / bisnes online, and jangan ragu-ragu teruskan niat anda. Senaraikan setiap perancang anda dan ikuti setiap apa yang anda rancang. Perkara biasa jika anda rasa kurang bekeyakinan dan juga rasa takut pada permulaan menjalankan bisnes di rumah. Anda sebenarnya boleh menarik nafas lega kerana kewujudan internet, ini kerana kemudahan ini membenarkan orang seperti saya dan anda menggunakan kemudahan ini secara meluas iaitu sama peluang dengan syarikat-syarikat besar.Mulakan bisnes di rumah hari ini.

Comments