Strategi Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Mendatangkan Kejayaan

Melancarkan atau memulakan bisnes dari rumah boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk kita mencapai kebebasan atau kemerdekaan samada dari segi kewangan, tidak perlu lagi bekerja di bawah orang atasan dan lain-lain yang kita ingini. Perlu kita sedar hanya satu cara yang membolehkan kita berjaya dalam bidang bisnes dari rumah iaitu dengan mendidik diri sendiri tentang proses menjalankan perniagaan dan risiko yang mungkin terlibat. Gunakan tips yang dinyatakan dalam proses kerja anda dan anda pastinya boleh menikmati gaya hidup usahawan seperti yang anda inginkan.


Bisnes Dari Rumah 
 

1. Jadual waktu bekerja adalah sangat penting, pastikan anda menetapkan waktu bekerja yang spesifik untuk bisnes dari rumah milik anda. Ia boleh jadi sangat sukar bagi anda bila memulakan perniagaan sendiri dan pada masa yang sama anda perlu berada di premis / pejabat.Tapi jika anda mahu mengekal hubungan baik anda dengan orang lain, anda perlu meluangkan masa dan menetapkan standard apa yang boleh mereka harapkan dari anda.

2.Memiliki laman web atau blog untuk bisnes dari rumah anda sangatlah penting, ia boleh di jadikan medium komunikasi antara anda dan prospek. Pada laman web bisnes dari rumah anda, beritahu prospek anda mengapa mereka perlu memberi keutamaan kepada produk/ perkhidmatan anda,jika mereka ingin membeli. Paparkan setiap kebaikan yang bermanfaat, ciri yang menarik bagi produk/perkhidmatan anda, jangan sesekali anda terlepas pandang maklumat penting sehingga ia berkubur begitu saja. Dengan maklumat yang tepat yang anda paparkan di web bisnes dari rumah anda, boleh mempengaruhi serta membuat prospek berfikir adalah lebih bijak membeli produk terus daripada anda dan tidak dengan pesaing anda.

3. Faktor lokasi rumah atau premis bisnes dari rumah anda sangat penting, ini kerana anda perlu memastikan perkhidmatan / pembekal internet mampu memberikan perkhidmatan yang baik. Masih ada sesetengah kawasan yang tidak dapat mengakses internet, jika ada kelajuan internet amat rendah dan ini akan menganggu perjalanan bisnes dari rumah anda. Yang mana banyak menggunakan perkhidmatan
internet untuk tujuan pemasaran produk dan berinteraksi dengan pelanggan anda.

4. Kebanyakan bakal pelanggan akan mengelak dari membeli/melanggan sesuatu produk dari penjual yang agak sukar di hubungi ketika mereka benar-benar memerlukan maklum balas dari anda. Penting bagi anda untuk mangambil inisiatif untuk memapar ruang maklumat 'Hubungi Kami- No Telefon / Email' di setiap 'pages' laman web bisnes dari rumah anda.Ini menunjukkan sikap prihatin anda pada bakal pelanggan.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya yang menjanjikan kit perniagaan bisnes dari rumah yang menjanjikan pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat.Berikan masa dan ketekunan anda dalam mebangunkan bisnes dari rumah, anda pasti akan mengecapi kejayaan.Apa saja janji yang di iklankan iaitu boleh mendapatkan kekayaan dalam masa yang singkat atau wang segera dalah scam atau penipuan. Orang yang akan kaya atau mendapat wang yang lumayan adalah penipu yang membuat anda membeli kit perniagaan dari mereka. Jadi simpan duit anda dan jangan membazir serta abaikan janji-janji palsu yang ditawarkan di web.

6. Testimoni, ya ia merupaka elemen yang penting yang perlu anda masukkan dalam web bisnes dari rumah anda. Bila mana ada seseorang atau pelanggan anda mengatakan sesuatu yang baik atau hebat mengenai produk anda, 'snap'/ 'capture' dan pastikan anda memuat naik ke laman web bisnes dari rumah anda. Jangan lupa, anda mungkin perlu mendapatkan kebenaran pelaggan anda sebelum memaparkan testimoni jika anda ingin menggunakan nama mereka. Testimoni akan memberi impak positif kepada produk anda, kerana ia kelihatan 'real' atau asli tanpa di tokok tambah, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan nama sebenar pelanggan.

7. Gunakan internet sebagai sumber anda mendapatkan maklumat pembekal. Dengan kemudahan internet hari ini, anda boleh mendapat profil pembekal yang boleh menawarkan anda sesuatu produk pada harga borong.Sijil cukai jualan yang di miliki oleh syarikat anda akan memberikan keistimewaan iaitu keupayaan membeli dengan pemborong.
 

Bisnes Dari Rumah


Adakah anda mempunyai tekad dan kemahuan yang tinggi untuk menjalankan bisnes dari rumah? Jika anda sama seperti kebanyakkan orang di luar sana yang ingin menjadi bos atau bekerja sendiri,carilah sesuatu yang anda benar-benar suka dan minat.Ia mungkin kedengaran sangat mudah, tapi bukannya senang.Minat ,kemahuan, usaha dan semangat perlu seiring, dimana kemahuan untuk bekerja serta kemahuan untuk melihat bisnes dari rumah menjadi lebih baik perlu di sertai dengan usaha dan tidak mengenal putus asa. Bisnes dari rumah mungkin jawapan untuk anda mendapatkan kebebasan yang anda inginkan apa yang perlu anda ingat setiap pekerjaan yang anda lakukan adalah proses yang berterusan dan tidak akan pernah tamat.Dengan tips yang di berikan diharap anda lebih bersemangat untuk memulakan bisnes dari rumah anda sendiri bagi yang belum.

Comments