Memulakan Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan Anda

Perniagaan atau bisnes dari rumah bukan hanya sekadar satu perniagaan.Sama seperti pengusaha bisnes dari rumah yang lain, yang mana kita sedar bisnes dari rumah juga adalah satu kerja dan juga karier ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita.

Untuk memajukan bisnes dari rumah, kita perlu tahu cara bagaimana untuk memastikan bisnes kita terus maju di sertai dengan usaha yang berterusan dan sentiasa di perbaiki dari masa ke semasa.Tip-tips yang di senaraikan di blog ini mungkin berguna buat anda yang menjalankan bisnes dari rumah seperti saya.



1.Dapatkan bantuan pakar untuk kerja-kerja khusus. Contohnya bagi urusan buku kira-kira/ bil/ akaun syarikat anda mungkin boleh mengupah akauntan yang bertauliah untuk membantu kerja-kerja perakaunan termasuk bayaran cukai yang perlu syarikat anda selesaikan. Anda hendaklah, tidak sesekali berfikir yang anda mampu melakukan sendirian segalanya termasuklah kira-kira syarikat. Bila anda sudah memulakan bisnes dari rumah, pastinya anda sangat sibuk untuk memastikan bisnes anda berjalan dengan baik.Di sini pentingnya bantuan pakar bagi mengelakkan 'over look' atau terlepas pandang. 



Bisnes Dari Rumah


2. Menjalankan perniagaan atau bisnes dari rumah bukan suatu perkara yang mudah ia boleh menjadi rumit jika anda tidak melakukannya dengan serius.Untuk memastikan sesatu bisnes dari rumah anda berjaya, pentingnya anda mengambil bahagian dimana anda memerlukan ruang kerja yang khusus,masa kerja yang khusus dimana waktu itu anda boleh memberi fokus yang tinggi pada kerja-kerja anda dan melakukan kerja mengikut jadual yang telah tetapkan.

3.Tanyalah pakar atau orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan / bisnes dari rumah jika anda mempunyai persoalan yang tidak dapat anda selesaikan. Jika anda berasa segan atau malu untuk bertanya melalui panggilan telefon, anda boleh menggunakan kemudahan email atau cara altenatif lain yang mana anda rasakan sesuai. Mendapatkan seseorang yang berjaya sebagai ikon atau  model anda adalah sangat penting, ini kerana orang yang berpengalaman dan sudah berjaya mereka tidak kedekut ilmu dan mereka mudah membantu orang baru yang hendak atau mula menapak dalam bidang bisnes dari rumah.

4. Masih tercari-cari produk yang baik untuk memulakan bisnes dari rumah?Apa yang perlu anda lakukan, kenalpasti minat anda (passion) atau kecenderungan anda,ini mungkin boleh menghasilkan satu produk yang baik. Anda juga boleh melihat atau mencari satu produk yang menjadi keperluan orang ramai dan mempunyai permintaan yang tinggi. Apapun bagi saya produk yang terbaik adalah produk yang boleh menyelesaikan sesatu masalah. Untuk mendapatkan idea yang tepat anda boleh menganalisa masalah yang anda hadapi, yang perlu anda selesaikan dan fikirkan sesuatu produk yang boleh di hasilkan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di sini anda boleh melihat peluang yang sangat luas,jika anda menghadapi masalah tersebut, orang lain mungkin juga menghadapinya. Dari sini idea atau produk yang hebat boleh di hasilkan.

5.Jika anda menjalankan bisnes dari rumah sudah tentu anda mempunyai laman web, untuk memastikan laman web anda berpotensi mendapat jumlah trafik/pelawat yang tinggi anda boleh mengemukakan (submit) laman web perniagaan anda kepada enjin carian yang utama seperti Google Search, Bing, Yahoo Search dan lain-lain. Dengan cara ini, laman web bisnes dari rumah anda akan mendapat perhatian atau 'rangking' yang baik dari enjin carian.Yang mana enjin carian akan mula menyenaraikan laman web anda dalam keputusan( result) carian oleh pelawat.Di sini anda perlu menambahkan ilmu, dimana anda perlu belajar cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mengoptimunkan penggunaan enjin carian (SEO), anda perlu menyesuaikan laman web anda dengan teks yang sesuai dan pastinya laman web anda akan di pilih lebih cepat oleh enjin carian (Search Engine).

6.Sebelum anda mula berkecimpung dalam bidang perniagaan atau bisnes dari rumah ini, jang lupa tanyakan diri anda soalan ini ' Mengapa saya hendak memulakan bisnes dari rumah?'. Jawapan mungkin boleh datang dari pelbagai bentuk, anda mungkin menjawab ' saya ingin menjadi bos sendiri', 'saya ingin berkongsi dan menunjukkan kreativiti saya', 'saya ingin menambahkan pendapatan saya' dan lain-lain.Apapun jawapan anda, anda perlu ingat jujur dengan diri sendiri. Setiap alasan atau penyebab anda memulakan bisnes dari rumah pastinya  akan mempengaruhi keputusan anda dalam membuat penilaian jenis bisnes yang anda akan jalan dari rumah.

Tip-tips yang di kemukakan di sini hanyalah sebahagian dari idea-idea yang mungkin anda boleh gunakan untuk memperbaik lagi bisnes dari rumah anda.Jika anda memberi peluang pada diri anda sendiri dengan belajar tentang bisnes dari rumah anda, bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan untuk memupuk bisnes dari rumah anda bermula dari langkah pertama ,pastinya anda akan berjaya. Memiliki bisnes dari rumah, bukanlah hanya semata-mata cara untuk anda mendapatkan duit tapi ia boleh menjadi satu kebanggaan bagi kita.

Comments